Gaya bahasa.Menurut Keris Mas (1988), gaya bahasa bermaksud cara atau ragam bahasa itu digunakan, khususnya dalam tulisan atau karangan. Gaya bahasa sangat penting dalam penulisan kerana gaya bahasa dapat menjadikan sebuah penulisan itu menjadi lebih menarik. Selain itu, gaya bahasa yang digunakan membezakan penulisan yang biasa dengan  penulisan luar biasa. Selain ini, gaya bahasa juga menyebabkan sebuah penulisan itu menjadi satu penulisan yang cantik dan indah.Metafora Metafora ialah kiasan perbandingan yang tidak menggunakan kata-kata perbandingan yang disebut perumpamaan.a) Anak sungai darah.Simile Simile ialah bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara suatu objek atau konsep dengan objek atau konsep lain yang sebenarnya tidak sama tetapi mempunyai aspek-aspek tertentu yang dianggap sama. Perbandingan ini bersifat imaginatif dan dianggap perbandingan peringkat termudah kerana kata-kata perbandingan digunakan. Contoh di dalam cerpen pertempuran:a) Meluncur bagai kilatb) Para tentera yang tewas kelihatan bagai pulau-pulau menyeramkan.c) Mengepul bagai asapd) Menggema bagai guntur.PersonifikasiPersonifikasi bermaksud memberikan sifat-sifat manusia kepada benda-benda yang bukan manusia atau benda-benda yang tidak bernyawa, seolah-olah hidup, boleh bergerak dan bertindak sebagai manusia.a) Mengibarkan jalur-jalur cahaya suria.b) Menyapu dada padang pertempuran.Hiperbola Hiperbola ialah penyataan yang berlebih-lebihan, selalunya untuk tujuan menekan sesuatu pandangan atau idea. Hiperbola tidak boleh diterima secara literal kerana sifatnya yang berlebih-lebihan itu. a) Bumi jadi hancur dipijak-pijak.b) Jutaan bunga lalang terbang bertebaran.c) Pekikan maut.Diksi.Istilah ini melibatkan pemilihan dan susunan perkataan sertan ketepatan, sama dan keistemewaan perkataan-perkataan itu apabila digunakan dalam percakapan atau penulisan.a) Ekor matanya