3.4.6 diberikan. Secara tidak langsung ia membantu dalam

3.4.6
Refleksi

 

Peringkat ini merupakan peringkat terakhir
dalam Model Stephen Kemmis. Peringkat ini memerlukan pengkaji untuk
mengenalpasti “Adakah masalah pada refleksi pertama dapat diselesaikan atau
tidak?” Jika masalah tersebut tidak dapat diselesaikan, pengkaji memikirkan
satu kaedah lain untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
telah digunakan dalam kitaran kedua.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

 

 

 

3.5
Langkah-langkah Tindakan

 

Bagi menangani masalah mengurus dan
mengawal tingkah laku murid, pengkaji menggunakan kad 4D dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani. Sistem ini merupakan penggunaan kad arahan
yang mempunyai empat jenis warna iaitu merah, biru, kuning dan hijau. Setiap
kad warna ini mempunyai arahan yang tertentu.

Arahan bagi setiap kad warna adalah
seperti berikut :

 

Jadual 1.2 : Arahan kad warna

Bil

Warna Kad

Arahan

1

Biru

Kad
biru yang mmpunyai huruf “L” ditunjukkan bagi
Meminta
murid-murid beratur dalam kumpulan masing-
masing.
Digunakan selepas aktiviti memanaskan badan.
 

2

Merah

Amaran!
Kad ini ditunjukkan apabila pengkaji mendapati
murid-murid
kurang memberi perhatian semasa pengkaji
memberi
arahan atau penjelasan mengenai aktiviti. Apabila
pengkaji
menunjukkan kad ini, murid-murid dihendaki
senyap.
 

3

Kuning

Tamat!
Kad ini ditunjukkan kepada murid-murid bagi
menghentikan
aktiviti kerana tamat masa. Apabila pengkaji
membunyikan
wisel dan menunjukkan kad kuning, murid-
murid
yang masih bermain dikehendaki berhenti dan
menuju
ke arah pengkaji.
 

4

Hijau

Muka
senyum dilukis pada kad hijau. Kad ini ditunjukkan
kepada
murid apabila menunjukkan prestasi atau respons
yang
baik semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
 

 

Kad
4D ini digunakan khasnya untuk responden -responden yang menunjukkan tingkah
laku yang negatif semasa pengajaran dan pembelajaran. Antaranya adalah seperti
berikut:

Jadual
1.3 : Tingkahlaku Yang Memerlukan Penggunaan Kad 4D

Bil.

Tingkah
laku yang memerlukan penggunaan kad 4D

1

Murid-murid
yang bercakap dan mengganggu rakan semasa pengkaji memberi arahan atau
penjelasan mengenai prosedur aktiviti yang akan dijalankan.

2

Murid-murid Siam yang mengalami
kesukaran untuk mengikut pengajaran dan pembelajaran atas sebab
ketidakfahaman Bahasa Melayu.

3

Murid-murid yang bermain dengan alatan
sukan dan tidak memasuki dalam kumpulan masing-masing.

4

Murid-murid atau kumpulan yang
menunjukkan tingkah laku yang baik dan tidak memberikan masalah sewaktu
Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

 

 

Kad 4D ini digunakan sebagai satu
isyarat bagi seseorang responden yang tidak memberi atau memahami arahan yang
diberikan oleh pengkaji. Pengkaji akan membunyikan wisel dan menunjukkan kad
warna tersebut. Pengunaan 4D ini membantu responden untuk sentiasa peka
terhadap isyarat yang akan ditunjukkan oleh pengkaji. Selain itu, kad 4D ini
turut membantu dalam meningkatkan pancaindera responden iaitu mendengar dan
melihat semasa isyarat diberikan. Secara tidak langsung ia membantu dalam perkembangan
fizikal responden.

 

 

 

 

 

 

3.6  Instrumen
Kajian dan Pengumpulan Data

 

Kajian ini berbentuk
kajian kualitatif. Jenis rekabentuk ini selalu digunakan di sekolah-sekolah
bagi menentukan pendapat tentang isu-isu berkaitan sesuatu masalah, menilai
semula sesuatu program yang dijalankan, menghuraikan sesuatu corak mengenalpasti
amalan-amalan yang tertentu. Pengkaji akan menggunakan 3 jenis kaedah yang
selalu digunakan untuk penyelidikan kajian kualitatif iaitu soal selidik,
pemerhatian berstruktur dan temu bual.

 

 

3.6.1       
Soal selidik

 

Dalam kajian
tindakan, soal selidik ini kerap digunakan. Ini kerana ia merupakan satu cara
mudah untuk memperolehi data. Setiap borang soal selidik yang sudah
dikumpulkan, dianalisis dan digeneralisasikan bagi tujuan mengesan tahap
pengetahuan, sikap serta amalan responden. Pengkaji menjalankan soal selidik
sosiometri. Soal selidik sosiometri ini merupakan teknik menilai struktur emosi
dan sikap responden dalam kumpulan bilik darjah.
Pengkaji telah menggunakan 3 jenis muka emosi (emoji) bagi menjawab soalan yang
ditanya. Setiap emoji ini mempunyai skala tertentu iaitu sangat setuju, setuju
dan tidak setuju.  Soal selidik yang
digunakan terdiri daripada 5 soalan. Responden dikehendaki untuk menjawab
soalan borang soal selidik.

 

 

 

3.6.2       
Pemerhatian Berstruktur

 

 

Pemerhatian berstruktur ini amat
membantu seseuatu kajian tindakan. Bagi pemerhatian berstruktur, pengkaji
mengenalpasti aspek yang hendak diperhatikan terlebih dahulu. Pengkaji
memerhati, mendengar dan merekodkan maklumat berdasarkan set aktiviti yang
telah dikenalpasti. Selain itu, penyediaan senarai semak amat membantu pengkaji
untuk melakukan pemerhatian. Antara aspek-aspek yang dikenalpasti oleh pengkaji
untuk melakukan pemerhatian adalah berdasarkan aspek—aspek yang dinyatakan
dibawah.

 

Antara aspek-aspek yang
dikenalpasti oleh pengkaji untuk melakukan pemerhatian

berstruktur adalah seperti berikut :

1.      Bermain
dengan alatan sukan semasa guru memberikan arahan

2.      Mengambil
masa yang lama untuk beratur dalam kumpulan.

3.      Bercakap
dengan rakan semasa arahan diberikan.

4.      Murid
yang tidak memberi respon kerana tidak memahami bahasa Tamil

3.6.3       
Temu
Bual Berstruktur

 

 

Temu bual merupakan interaksi dua
hala ataupun bersua muka. Kaedah ini terbaik kerana maklumat boleh diperolehi
secara meneroka masalah itu. Temu bual dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
temu bual berstruktur dan temu bual tidak berstruktur. Pengkaji telah
menggunakan temu bual berstruktur bagi mengumpulkan maklumat daripada beberapa
pihak. Menurut Sabitha (2009) yang mengatakan bahawa situasi di mana penemu
temu bual adalah suatu teknik yang amat berkesan untuk meninjau persepsi
seseorang termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya. Melalui temu bual,
pengkaji dapat memahami mengapa seseorang yang diperhati menunjukkan perlakuan
tertentu.

 

Pengkaji
melakukan sesi temu bual dengan guru Pendidikan Jasmani En. Mohd Amir Wardee B.
Mohd Kamis bagi meninjau prestasi responden sebelum melakukan intervensi dan
juga selepas pengkaji melakukan intervensi penggunaan kad 4D. Ini adalah untuk
mengetahui tahap kemajuan yang dicapai oleh responden sebelum, semasa dan
selepas pelaksanaan kaedah ini.  Pengkaji
bertanya beberapa soalan mengenai kad 4D yang digunakan kepada guru pembimbing
bagi meninjau sejauh mana kad 4D dapat membantu responden dalam memahami arahan
yang diberikan oleh pengkaji.

3.7  Analisis
Dan Interprestasi Data

 

3.7.1
 Cara Analisis dan Interpretasi Data

 

Seterusnya, adalah
cara menganalisis dan menginterpretasi data. Analisis data dimaksudkan
sebagai keupayaan untuk mengolah data
menjadi informasi, sehingga karakteristik atau sifat-sifat data
tersebut dapat mudah difahami dan bermanfaat untuk
menjawab masalah-masalah yang berkaitan dengan kegiatan penelitian. 
Analisis dan interpretasi data memberi makna kepada data terutamanya memahami
data dalam konteks kajian yang dijalankan. Analisis data ini akan dibuat secara
berasingan mengikut cara pengumpulan data yang dibuat oleh pengkaji. Data
itu kemudiannya akan dianalisis dalam bentuk graf bagi borang soal selidik. Hal
ini bagi memudahkan pemahaman pembaca untuk setiap sampel. Keputusan kajian
disediakan dalam bentuk graf untuk melihat perbandingan sebelum dan selepas
kaedah ganjaran diaplikasikan.

3.7.2 Soal Selidik

 

Soal selidik
biasanya mengandungi dua bahagian iaitu bahagian yang mengandungi item-item
maklumat demografi dan satu lagi bahagian lain yang mengandungi maklumat skala
peningkatan (rating scale). Item
demografi mengandungi jantina, umur, kelas dan sebagainya. Item skala
pemeringkatan adalah emosi responden tentang proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani. Pengkaji akan memberikan tiga
jenis emosi seperti yang berikut :

 

                   

 

Data itu kemudiannya dianalisis dalam bentuk graf bagi
borang soal selidik. Hal ini bagi memudahkan pemahaman pembaca untuk setiap
sampel. Peratusan digunakan bagi hasil dapatan untuk melihat peningkatan
setelah kaedah dilaksanakan. Keputusan kajian disediakan dalam bentuk graf
untuk melihat perbandingan sebelum dan selepas 4 kad disiplin diaplikasikan.

 

 

 

 

 

 

 

3.7.3       
Pemerhatian Berstruktur

 

Seterusnya ialah
kaedah pemerhatian. Pemerhatian
merupakan suatu aktiviti pengumpulan data dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Perkara penting dalam kaedah pemerhatian ialah pengkaji berusaha melakukan
pemerhatian tanpa bias terhadap sasaran kajian. Melalui kaedah pemerhatian yang
terancang dan sistematik, pelbagai data yang berguna dapat diperoleh untuk
membantu pengkaji memahami tindakan yang dilaksanakan. Terdapat dua cara dalam
melaksanakan pemerhatian iaitu pemerhatian tanpa struktur dan pemerhatian
berstruktur.

 

Pengkaji menggunakan senarai semak pemerhatian
berstruktur di mana pengkaji menyediakan satu borang yang mempunyai beberapa
kriteria tingkahlaku yang diperhatikan dan menilai responden pada masa yang
ditetapkan secara individu dan membuat perbandingan secara keseluruhan di
antara mereka dengan menggunakan aspek-aspek tersebut. Tujuannya adalah untuk
melihat perubahan tingkahlaku mereka setelah menggunakan tindakan ini.
Kesemuanya ini telah dianalisis dan dimasukkan ke dalam bentuk graf dan juga
diinterpretasi dalam bentuk kaedah deskriptif secara keseluruhan. Ini dapat
membandingkan bilangan responden yang memberikan tumpuan terhadap arahan yang
diberikan oleh pengkaji sebelum dan selepas penggunaan kad 4D. Kelebihan yang diperolehi
melalui pemerhatian berstruktur ini ialah pengkaji dapat melakukan perbandingan
diantara pemerhatian tinjauan awal dan pemerhatian selepas melaksanakan
tindakan.