Merujuk dan jentera perlaksanaannya. Menurut (Zulkifly Osman,

Merujuk kepada (Ekonomi, Garis Panduan
Penswastaan, 1985),
bagi memastikan Dasar Penswastaan berjaya dilaksanakan, lima objektif
penswastaan telah digariskan seperti berikut:

1.    
Mengurangkan
beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

2.    
Menggalakkan
pertandingan, meningkat kecekapan dan Daya Pengeluaran

3.    
Mempercepatkan
pertumbuhan melalui penswastaan

4.    
Pengurangan
saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi

5.    
Penswastaan
dan peluang untuk mencapai matlamat Dasar Ekonom Baru (DEB)

Berdasarkan kepada
kelima-lima objektif yang disenaraikan di atas, objektif utama adalah untuk
mengurangkan beban kewangan Kerajaan pada ketika itu. Ini ekoran kepada
berlakunya kemelesetan ekonomi dunia pada awal tahun 1980an yang memberi kesan
kepada banyak negara. Peningkatan perbelanjaan pembangunan, kemerosotan hasil
Kerajaan dan corak perbelanjaan mengurus yang sukar diubahsuai telah mendorong
Kerajaan mengambil langkah dengan meniru dasar penswastaan yang telah dimulakan
oleh Amerika Syarikat dan Britain itu. Kerajaan terpaksa membuat pinjaman dari
sumber-sumber luar negeri dan ianya telah menyebabkan meningkatnya beban
perkhidmatan hutang Negara.

Dalam melaksanakan dasar
ini, Kerajaan telah menerbitkan Pelan Induk Penswastaan Malaysia (PMP) pada
tahun 1991 diikuti dengan Garis Panduan Penswastaan. Pelan dan Garis Panduan
ini telah diperkenalkan kepada orang awam bagi memastikan mereka memahami
tujuan dan kandungan dasar ini. PMP menerangkan perlaksanaan dasar dan juga
pencapaian kemajuan serta mengemukakan arah hala tuju program ini. Manakala
itu, Garis panudan Penswastaan pula menerangkan secara terperinci objektif
dasar, kaedah yang digunakan dan jentera perlaksanaannya. Menurut (Zulkifly Osman, 1999), andaian umum dasar
penswastaan ialah kecekapan dan kesejahteraan keseluruhan penduduk akan
meningkat apabila kegiatan ekonomi dikendalikan oleh pihak swasta. Peningkatan
kecekapan ini akan membawa faedah yang besar dan meluas kepada keseluruhan
ekonomi. Perkhidmatan bermutu serta harga berpatutan akan menguntungkan
pengguna, manakala pekerja pula dijanjikan dengan tingkat upah yang lebih
tinggi.

 

 

Sehingga 31 Disember 2003
selepas pengenalan dasar ini, sebanyak 474 buah projek telah diswastakan
sebagaimana carta di bawah: